Carian 
 Saiz Pilihan Text 
btn_pangkalan_data
btn_eborang
btn_maklumbalas
btn_indekkepuasan

Majlis Pelancaran Buku "Melakar Transformasi Malaysia"

KERTAS PEPERIKSAAN

TARIKH KEMASKINI

MONDAY 30 AUGUST 2010, 08:34

Isu Bekalan Beras

Jaminan Makanan Demi Keselamatan Negara  

SEKARANG keselamatan negara bukan sahaja boleh diganggu gugat oleh pihak musuh luar dalam bentuk peperangan, ia juga boleh diganggu gugat oleh masalah kekurangan dan kenaikan harga bekalan makanan asasi. Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Josette Sheeran, menggunakan istilah 'the silent tsunami' atau tsunami senyap untuk menggambarkan keadaan yang berlaku sekarang.

Kekurangan dan kenaikan harga bahan makanan bukan sahaja mencetuskan masalah kelaparan dan kekurangan zat makanan, malah ia boleh menimbulkan suasana tidak aman dan keresahan di kalangan masyarakat awam. Buktinya dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, PBB sudah mencatatkan lebih 34 buah kerajaan berhadapan dengan masalah tunjuk perasaan dan rusuhan barang makanan di serata dunia. 

Kekurangan dan kenaikan harga bahan makanan bukan sahaja mencetuskan masalah kelaparan dan kekurangan zat makanan, malah ia boleh menimbulkan suasana tidak aman dan keresahan di kalangan masyarakat awam. Buktinya dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, PBB sudah mencatatkan lebih 34 buah kerajaan berhadapan dengan masalah tunjuk perasaan dan rusuhan barang makanan di serata dunia. 

Malaysia sebagai sebuah negara yang masih belum mencapai tahap sara diri pengeluaran bahan makanan bagi keperluan penduduknya tidak terkecuali daripada menerima tempias tsunami senyap ini.

Apa yang dikatakan sebagai jaminan barangan makanan dan apakah pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan kita untuk memastikan bekalan makanan mencukupi dan harganya terkawal?

Bagi menjawab persoalan pertama, takrifan berkenaan jaminan barangan makanan perlu kita perhalusi. Perkara ini penting bagi memastikan masyarakat memperolehi makanan asas yang berkhasiat tanpa perlu berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan atau terpaksa membayar pada harga yang melampau.

Di Malaysia, sebelum kerajaan memperkenalkan Majlis Harga Negara dan Dasar Jaminan Makanan Negara pada awal Januari dan Mei 2008 yang lepas, negara sebenarnya sudah menggariskan matlamat untuk meningkatkan jaminan makanan kepada masyarakat sepuluh tahun dahulu di dalam Dasar Pertanian Negara (1998-2010).

beras-763557  beras-763557  beras-763557

Namun begitu sejauh mana matlamat ini telah dicapai memandangkan tempoh dasar akan berakhir tidak lama lagi?

Berdasarkan kepada maklumat-maklumat data yang dimuatkan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), tahap sara diri negara bagi komoditi beras untuk 2005 berada pada tahap 72 peratus sahaja. Manakala bagi sayur-sayuran, keluaran perikanan, daging lembu dan susu masing-masing berada pada kadar 74, 91, 28 dan lima peratus sahaja.

Ini secara tak langsung menggambarkan betapa tidak terjaminnya kestabilan paras harga makanan penduduk Malaysia selain mereka juga terdedah kepada ancaman kekurangan bekalan kerana masih perlu bergantung kepada import luar.

Di Malaysia, daripada 6.38 juta hektar tanah yang digunakan untuk pertanian negara, hanya 0.452 juta hektar saja yang ditanam padi. Jika dibandingkan dengan tanaman komoditi eksport seperti kelapa sawit dan getah, angka ini sebenarnya sangat kecil kerana keluasan tanaman sawit dan getah negara pada 2005 masing-masing sebanyak 4.1 juta dan 1.25 juta hektar.

Keluasan tanaman padi pada 2005 itu sebenarnya merosot jika dibandingkan dengan keluasannya pada tahun 2000 iaitu 0.478 juta hektar. Dijangkakan menjelang 2010, angka ini akan menurun kepada 0.45 juta hektar.

MengapaTentu timbul pertanyaan di fikiran kita mengapa kita sangat maju dalam bidang pertanian kelapa sawit dan getah tetapi agak ketinggalan dalam soal pertanian makanan terutamanya dalam penghasilan padi?

Hal ini boleh diterjemahkan sebagai suatu kegagalan Dasar Pertanian Negara - walaupun ia bukanlah suatu kegagalan yang menyeluruh - yang mungkin berpunca daripada ketiadaan kesungguhan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak berwajib untuk mencapai apa yang direncanakan melalui dasar yang dibuat.

Di sini pihak pembuat dasar perlu peka dalam menentukan keutamaan sesuatu dasar yang ingin dilaksanakan.

Walaupun sawit dan getah menjana pendapatan yang banyak untuk negara mahupun kepada para peneroka, kita tidak seharusnya mengabaikan kebajikan sendiri.

Jika kita mampu mengorbankan pelbagai sumber pengeluaran negara seperti kewangan, kepakaran, teknologi dan sebagainya untuk membangunkan ladang sawit dan getah negara dan seterusnya membantu negara pengimport memenuhi keperluan mereka.

Apa salahnya jika kita menggunakan sumber-sumber itu juga untuk membangunkan sektor pertanian makanan bagi mencukupkan keperluan asasi masyarakat setempat.

Penulis bukan bermaksud untuk mengatakan kita perlu mengabaikan tanaman eksport. Tetapi kita perlu meletakkan keutamaan dalam melaksanakan sesuatu itu berdasarkan kepada tingkat yang betul.

Dalam penjelasan mudah faham daruriyyat, hajiyyat dan tahsinat perlu diguna pakai pada setiap ketika. Jika ia dapat dilaksanakan mengikut fahaman ini seterusnya amatlah mudah untuk kita mencapai tujuan dan matlamat perundangan Islam (maqasid as-syariah) iaitu untuk menjaga dan memperkasakan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Ejen Pendebunga Pastikan Bekalan Makanan Berterusan


HARI ini, berjuta penduduk dunia bersatu menunjukkan sokongan mereka terhadap kepentingan pemuliharaan kepelbagaian biologi untuk menjamin bekalan makanan yang berterusan bagi generasi kini dan akan datang.

 

Sempena sambutan Hari Kepelbagaian Biologi dunia hari ini, masyarakat umum di negara ini perlu mengetahui akan pentingnya pemuliharaan kepelbagaian biologi itu.

Malah, menyedari betapa pentingnya sumbangan kepelbagaian biologi terhadap pembangunan pertanian dan makanan dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Program Alam Sekitar (UNEP) sudah menubuhkan Konvensyen Kepelbagaian Biologi pada 1992, di Rio de Janeiro, Brazil.

Konvensyen ini adalah bermatlamat memulihara, mengguna secara lestari dan berkongsi sama sumber kepelbagaian biologi. Salah satu program kerja konvensyen ini adalah Kepelbagaian Biologi Pertanian, bermatlamat memastikan pembangunan pertanian secara lestari dapat dibangunkan.

Pada ketika ini, persidangan kesembilan konvensyen ini sedang berlangsung di Bonn, Jerman. Salah satu isu utama pada persidangan ini ialah untuk menilai kembali kesan pertanian kepada kepelbagaian biologi dan juga meneliti sumbangan kepelbagaian biologi terhadap bekalan pertanian dan makanan dunia.

Persidangan kali ini diadakan bersamaan tarikh sambutan Hari Kepelbagaian Biologi dunia hari ini. Tema sambutan pada tahun ini ialah ‘Kepelbagaian Bio dan Pertanian’. Tema ini dipilih untuk menyedarkan masyarakat dunia betapa kepelbagaian biologi dan pertanian saling bergantung dan memerlukan.

Di Malaysia, sambutan juga diadakan dengan mengadakan seminar kesedaran awam anjuran Mardi, di Serdang. Seminar ini dijayakan bersama ‘Bioversity International’, bertujuan meningkatkan kesedaran awam betapa perlunya membangun pertanian secara lestari, bukan sekadar memulihara kepelbagaian biologi malah menjamin bekalan makanan dunia mencukupi, dapat menjaga kesejahteraan warga pertanian dan seterusnya meningkatkan keselesaan warga dunia dalam abad ke-21 dan masa akan datang.

Dalam erti kata lain, krisis makanan yang dirasai sekarang adalah sekadar mengingatkan kita betapa krisis pemakanan yang lebih besar lagi akan mendatang sekiranya kita gagal mengurus sumber kepelbagaian biologi kita dengan sebaik mungkin.

Bagi membincang lanjut isu ini, kita perlu melihat kepada peranan pendebungaan iaitu salah satu sumbangan daripada ekosistem yang amat bermakna kepada kehidupan kita. Pelbagai jenis hidupan terbabit dalam menjayakan proses pendebungaan ini.

Sumbangan ejen pendebungaan hanya satu contoh di mana peranan kepelbagaian biologi amat diperlukan bagi menjamin kehidupan yang selesa untuk masa sekarang dan akan datang.

Dengan itu, kepentingan kepelbagaian biologi ejen pendebungaan adalah seiring dengan kepentingan kepelbagaian genetik serta spesis di dalam menjamin bekalan makanan berterusan untuk generasi sekarang dan generasi akan datang.

Ejen pendebungaan membantu ekosistem dengan memudahkan proses pembiakan pelbagai spesis tanaman dan tumbuhan. Sebahagian daripada tumbuhan ini adalah punca makanan kepada manusia.

Data penyelidikan kini menunjukkan khidmat pendebungaan ini sangat tinggi nilainya kepada ekologi, ekonomi dan sosial.

Sebagai contoh, koko bergantung sepenuhnya kepada ejen pendebunga untuk menjayakan proses pendebungaan. Dengan menjayakan proses yang amat penting kepada kitaran hidup koko, ejen pendebunga bertanggungjawab memastikan pokok koko dapat hidup berterusan dan menghasilkan biji koko yang amat ternilai dari segi ekonomi.

Dari segi sosial pula, ejen pendebunga ini memastikan kita dan anak cucu kita tidak dapat berasa nikmat coklat. Begitu juga nikmah buah-buahan lain, yang bergantung kepada ejen pendebungaan untuk menjayakan proses pendebungaan.

Contoh ejen pendebunga itu ialah serangga, burung dan kelawar. Di antaranya, serangga adalah ejen yang amat penting. Pelbagai jenis serangga terbabit secara langsung di dalam mendebungakan lebih sepertiga daripada jumlah pokok dan tumbuhan yang menjadi sumber makanan kita.

Lebah, lalat, kumbang, rama-rama dan kupu-kupu adalah sebahagian daripada serangga utama yang terbabit dalam menjalankan proses pendebungaan ini. Di antaranya, lebah yang paling utama.

Dianggarkan lebih 80 peratus daripada jumlah serangga yang terbabit dalam proses pendebungaan adalah terdiri dari lebah. Ini membuktikan lebah bukan sekadar menghasilkan madu yang nikmat khasiatnya kita semua maklum, tetapi juga memainkan peranan di dalam mendebungakan pelbagai jenis sumber makanan kita.

Dengan ini pemuliharaan kepelbagaian jumlah lebah amat penting dalam usaha menjamin bekalan sumber makanan kita akan berterusan.

Lebah terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu lebah bersengat (Apis species) dan lebah tidak bersengat (contohnya, Tirgona sp). Malaysia amat bertuah dianugerahkan dengan kepelbagaian biologi lebah yang amat tinggi, sama ada lebah bersengat atau tidak bersengat.

Lebah tidak bersengat juga dikenali sebagai kelulut. Ia adalah ejen pendebunga utama bagi pokok hutan. Ia juga mudah untuk diuruskan bagi menjalankan khidmat pendebungaan kepada pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.

Di AS, fenomena kehilangan koloni lebah dikesan dan menyebabkan industri buah-buahan di negara itu terancam. Fenomena ini dikatakan berpunca daripada lebah mengalami tekanan yang melampaui had kemampuan menjalankan proses pendebungaan kerana beberapa faktor negatif yang disebutkan sebelum ini.

Di Eropah, kepelbagaian jumlah lebah sedang berkurangan atas alasan yang sama. Di Malaysia, pemerhatian awal juga menunjukkan kepelbagaian jumlah kelulut berkurangan di sesetengah kawasan yang terbabit dengan pembangunan.

Pakar pemakanan di seluruh dunia sekata dan bersetuju supaya tindakan segera dapat diambil untuk mengurangkan masalah kehilangan kepelbagaian jumlah ejen pendebunga yang utama ini.

Tindakan memulihara kepelbagaian jumlahnya adalah perlu bagi mengelak masalah bekalan makanan dunia terancam.

Di AS, senat Amerika meluluskan rang undang-undang penjagaan habitat ejen pendebunga. Ia bertujuan memastikan habitat kepelbagaian jumlah ejen pendebunga terjaga. Di Eropah, langkah yang sama juga sudah dimulakan.

Di Malaysia, usaha mengumpul maklumat mengenai ejen pendubunga serta memulihara kepelbagaian jumlah ejen pendebunga terutama kelulut dimulakan dalam RMK-9 ini.

Mardi sudah membangunkan sistem komputer untuk meneliti ekologi ejen pendebunga di kawasan buah-buahan. Maklumat diperoleh akan dapat membantu menyediakan kaedah terbaik dalam memulihara kepelbagaian jumlah ejen pendebunga di kawasan buah-buahan di negara ini.

Di samping itu, usaha penyelidikan juga sedang dijalankan untuk menilai khidmat pendebungaan yang disediakan oleh ejen pendebunga serangga di kawasan buah-buahan.

Kesan kehilangan ejen pendebunga ke atas sumber bekalan makanan kita adalah satu petunjuk betapa kehilangan kepelbagaian biologi akan mengancam jaminan makanan kita. Kepelbagaian biologi adalah keperluan asas kepada pembangunan pertanian lestari.

Di dalam contoh ini, kepelbagaian jumlah ejen pendebunga diperlukan untuk menjamin pengeluaran makanan secara lestari. Ia seiring dengan peranan kepelbagaian genetik dan spesis, bagi meningkatkan lagi hasil dan produktiviti pertanian.


Oleh Dr Mohd Norowi Hamid
Pegawai Penyelidik Mardi

'Kurang Makan Nasi Hadapi Krisis Bekalan Beras'


SETIAP penduduk di negara ini memerlukan purata 78 kilogram beras setahun atau 200 gram sehari - jumlah yang harus dikurangkan secara beransur sebagai langkah menangani krisis kekurangan bekalan yang dihadapi.

Pengarah Kanan Seksyen Ekonomi Makro Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Nik Azman Nik Abdul Majid, berkata sebagai negara yang penduduknya mengambil nasi sebagai makanan ruji, langkah beralih kepada roti atau buah-buahan sebagai ganti dalam masa singkat memang sukar dilakukan.

"Sebagai contoh, saya berasal dari Kelantan dan lazimnya makan nasi tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan malam. Itu sudah menjadi kebiasaan dan bukan senang untuk kita tiba-tiba bertukar makan buah sebagai ganti.

"Bagaimanapun, kita perlu mengubah corak perbelanjaan dan corak hidup serta mengelak pembaziran bagi menyesuaikan keadaan dengan permintaan semasa.

"Kadang-kadang apabila makan di restoran, separuh pinggan nasi terbuang begitu saja tetapi kita tidak berasa bersalah kerana dengan adanya subsidi, kita menganggap semuanya murah sedangkan subsidi bukan baik dari segi ekonomi," katanya pada ceramah 'Langkah Yang Sedang Diambil Untuk Menangani Masalah', semalam.

Nik Azman turut menyentuh kecenderungan pengguna dalam membuat perbandingan kadar inflasi berdasarkan anggaran perbelanjaan semasa.

"Kita mengira perubahan harga dari setahun ke setahun, atau tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu sedangkan persepsi pengguna tidak spesifik mengikut jangka masa tertentu.

"Kerajaan tidak berbohong dari segi kadar inflasi berdasarkan perbandingan peningkatan harga makanan asas seperti susu, beras, roti, daging, ikan dan buah-buahan.

"Kadar inflasi di Malaysia adalah yang terendah di kalangan lima negara Asean (Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura) iaitu 2.8 berikutan pemberian subsidi kerajaan ke atas petrol, padi, baja dan pengangkutan udara ke pedalaman di Sabah dan Sarawak.

"Rakyat akan menanggung beban inflasi lebih tinggi tanpa 11 barang yang berada dalam senarai harga kawalan ditetapkan kerajaan.

"Inflasi makanan adalah masalah global tetapi kesannya lebih rendah di Malaysia berikutan tindakan konsisten kerajaan, termasuk penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Langkah Membendung Inflasi," katanya.