Wilayah Persekutuan

Bendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.
Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
-
Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;
-
Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan
-
Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
-
Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
-
Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.