Malaysia sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar dengan mengamalkan prinsip rundingan, keterbukaan dan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.
YAB Perdana Menteri telah mengadakan lawatan rasmi ke Uzbekistan selama empat hari dalam usaha menjalin hubungan dua hala yang lebih mesra dan akrab antara kedua-dua buah negara. Semasa pertemuan YAB Perdana Menteri dengan Presiden Uzbekistan, kedua-dua belah pihak telah bersepakat untuk mengukuhkan kerjasama politik dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
YAB Perdana Menteri turut mengadakan mesyuarat delegasi dan pemeteraian dua memorandum persefahaman berkaitan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi serta pengajian dengan Uzbekistan.
Sumber Maklumat:
Buletin Isu-Isu Semasa Dan Media Tempatan Dan Asing
Kementrian Penerangan Malaysia