Carian 
 Saiz Pilihan Text 
btn_pangkalan_data
btn_eborang
btn_maklumbalas
btn_indekkepuasan

Majlis Pelancaran Buku "Melakar Transformasi Malaysia"

KERTAS PEPERIKSAAN

TARIKH KEMASKINI

MONDAY 30 AUGUST 2010, 08:34

02 Sept - Jumlah Hakim Dikurangkan

profil-tansrizaki

KUALA LUMPUR: Jumlah hakim dijangka berkurangan selepas empat sistem elektronik di mahkamah dilaksana sepenuhnya yang bertujuan mempercepatkan penyelesaian kes tertangguh, kata Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi.


Beliau berkata, sistem elektronik itu yang membabitkan e-filing, sistem pengurusan mahkamah (CMS), transkripsi rakaman mahkamah (CRT) dan sistem pengurusan ikut giliran (QMS), dijangka membantu hakim mempercepatkan pengendalian kes antara tiga dan empat kali lebih cepat berbanding sistem sekarang.

“Keempat-empat sistem elektronik itu yang berharga RM69 juta mula dilaksanakan di semua 166 mahkamah di Kuala Lumpur dan dijangka digunakan di mahkamah Shah Alam, Pulau Pinang dan Johor Baharu pada akhir tahun ini, sebelum diperluaskan ke negeri lain,” katanya selepas merasmikan mahkamah-mahkamah komersial baru (NCC) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam.
Katanya, dengan sistem baru itu, kes sivil dan komersial yang difailkan hari ini boleh diselesaikan lebih cepat, sementara hakim yang mengendalikan kes lama akan dipindahkan untuk mengendalikan kes baru.

“Apabila kes tertangguh kita sudah selesaikan, kita tidak boleh meningkatkan jumlah (hakim-hakim). Ia sangat mahal. Gaji hakim dan kosnya bukan murah. Saya jangka kos hakim saja kira-kira RM50,000, termasuk kereta, setiausaha, pejabat, mungkin mencecah RM60,000 hingga RM70,000,” katanya.

Beliau berkata, kini ada 133 hakim di negara ini, meliputi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, termasuk Pesuruhjaya Kehakiman.

Zaki berkata, di bawah empat sistem elektronik, e-filing mampu mengendalikan kes yang difailkan, sementara CMS lebih pada kes berjadual, pengurusan kes, pengurusan perbicaraan, pengurusan pertanyaan dan fungsi lain pentadbiran mahkamah.

QMS pula, mahkamah boleh mendapatkan kes berkenaan melalui khidmat pesanan ringkas kepada peguam berkenaan. Sementara itu, di bawah CRT, ia menyediakan rakaman elektronik testimoni saksi tanpa hakim terpaksa menulisnya.

Katanya, hakim mengendalikan kes jenayah akan hanya mendengar keterangan dan mereka dapat menjimatkan masa mahkamah serta juga saksi

Sumber: Berita Harian