Carian 
 Saiz Pilihan Text 
btn_pangkalan_data
btn_eborang
btn_maklumbalas
btn_indekkepuasan

Majlis Pelancaran Buku "Melakar Transformasi Malaysia"

KERTAS PEPERIKSAAN

TARIKH KEMASKINI

MONDAY 30 AUGUST 2010, 08:34

05 Feb - TPM Selamatkan 11 Acara

myidn

HATINYA terusik apabila ramai yang melahirkan rasa kecewa. Lantas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bingkas menghantar mesej supaya sekolah jangan jadi ‘kubur’ kepada atlit sukan berbakat.

Buktinya ketara apabila Muhyiddin - yang juga Menteri Pelajaran - mengarahkan supaya 11 sukan yang ‘gugur’ daripada perancangan asal, kembali dipertandingkan dalam kalendar Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Menurut Muhyiddin, kerajaan prihatin dalam hal ini dan kita maklum ada pihak rasa kecewa pada peringkat awal berkaitan acara sukan. Saya sudah arahkan supaya semua acara dimasukkan semula dalam kalendar.

Pada masa sama, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan baru RM89 juta untuk aktiviti ko-kurikulum termasuk acara MSSM ketika merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Stadium dan Kompleks Sukan Educity@Iskandar, Bandar Nusajaya, Johor, semalam.

Projek bernilai RM95.32 juta itu menempatkan pelbagai kemudahan termasuk padang bola, balapan, kolam renang bersaiz Olimpik, gelanggang bola keranjang, badminton, bola tampar, futsal dan tenis yang dijangka siap pada 2011.

Sebelas sukan yang digugurkan daripada kalendar peringkat kebangsaan MSSM ialah bowling, skuasy, memanah, ping pong, ragbi, kriket, kapal layar, sofbol, bola baling, merentas desa dan catur.

Ianya ekoran daripada pemotongan belanjawan kepada MSSM daripada RM6 juta sebelumnya kepada hanya RM1.5 juta, tahun ini.

Muhyiddin, yang pernah menjawat tanggungjawab selaku Menteri Belia dan Sukan, turut mahukan supaya sukan peringkat sekolah digiatkan lagi, menerusi penambahbaikan kemudahan di sekolah-sekolah.

Muhyiddin turut mengumumkan perancangan mewujudkan Institut Pendidikan Guru Sukan Malaysia (IPGM) untuk menghasilkan jurulatih berkemampuan dalam tempoh terdekat.

Selain IPGM Sukan Raja Melewar sedia ada, perancangan IPGM tambahan ialah di Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

 

Berita disunting daripada sumber: Berita Harian