Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Kumpulan G15 Membantu Mengukuhkan Ekonomi Negara

antarabangsa2

NAJIB bergambar bersama pemimpin negara yang hadir pada Forum Ekonomi Islam Sedunia 2010 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. Dari kanan Tun Musa Hitam, Mohamed Nasheed, Susilo Bambang Yudhoyono, Sultan Hassanal Bolkiah, Abdoulaye Wade, Dr Fatmir Sejdiu dan Sheikh Hasina Wazed.

Kumpulan 15 telah ditubuhkan pada bulan September 1989 sebagai suatu Sidang Tertinggi Kumpulan Negara-Negara Membangun. Kumpulan 15 telah bertindak sebagai satu forum bagi perundingan di antara negara-negara membangun.
Hubungan diplomasi antarabangsa  bagi setiap negara memerlukan pendekatan baru dan dilaksanakan dalam pelbagai hala serta menerusi dimensi yang pelbagai. Hubungan ini dipengaruhi oleh perubahan global termasuk kemajuan teknologi, perubahan cuaca, ancaman kesihatan dan fenomena global, yang mempunyai unsur berbeza sama ada membina atau menghancurkan.


G15 boleh memainkan peranan penting dalam menyuarakan keperluan negara Selatan-Selatan berhubung isu utama global, namun ‘suara’ berkenaan hanya akan didengari jika kumpulan itu mempunyai ekonomi kuat.


Dalam kumpulan ini ia memerlukan usaha sama dalam membina kapasiti mengukuhkan infrastruktur awam dan institusi kerajaan di negara membangun, terutama menerusi perkongsian pengalaman.

Malaysia mengambil langkah ke depan menghadapi perubahan pantas yang berlaku, dengan menyasarkan mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.


Dalam tempoh terdekat ini, kumpulan ini  menyasarkan untuk menjadi negara maju menerusi inovasi dan kreativiti, dengan memberi penekanan terhadap penghasilan produk dan perkhidmatan tambah nilai.


Disunting dari Berita Harian