Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Isu Simbah Asid - ‘Loceng Amaran’ Untuk Semua


Meskipun pelbagai jenayah dipaparkan di dada media setiap hari, namun kes seumpamanya masih terus berlaku tanpa henti. Di sebalik semua ini, terfikir penulis apakah motif berlakunya jenayah tersebut sehingga orang yang tidak berkenaan turut menjadi mangsa sama. Jika kecewa putus cinta sekali pun, tak kan perempuan lain yang tiada kena mengena pula yang perlu hidup merana?











Mengulas insiden simbah asid yang dilaporkan kebelakangan ini, sedikit sebanyak ia menarik perhatian kita semua terhadap kes-kes yang dilaporkan. Menurut laporan, insiden menyimbah asid terhadap golongan wanita yang dikesan aktif mulai Februari hingga 27 Mac lalu apabila 18 kes dilaporkan berlaku dalam tempoh tersebut.













Kejadian yang reda seketika selepas 27 Mac didapati berulang kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di daerah Sentul dan Dang Wangi. Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki bermotosikal yang akan datang dari arah belakang mangsa sebelum bertindak menyimbah sejenis cecair dipercayai Alkaline-based atau Oxidizing Agent ke arah muka atau badan mangsa.















Kepada semua warga Malaysia yang prihatin, ayuh segera ambil langkah berjaga-jaga walau di mana sahaja anda berada. Sikap ambil mudah terutama hal yang berkaitan dengan keselamatan diri tidak mustahil akan menjadikan anda mangsa seterusnya.














Kerjasama semua pihak amatlah diperlukan bagi membantu pihak berkuasa memberkas individu yang bertanggungjawab dengan kadar segera. Anggota masyarakat hari ini tidak boleh tidak perlu memainkan peranan sebagai ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa dalam usaha menurunkan kadar jenayah yang berlaku hari ini.














Kepada individu yang terlibat dengan perbuatan tidak bertanggungjawab ini, cukup-cukuplah mendatangkan derita kepada mereka yang tidak bersalah. Apa pun alasan yang diberikan tidak akan sesekali membuatkan masyarakat memaafkan anda. Apakah perasaan anda jika ahli keluarga anda sendiri diperlakukan sedemikian?
















Pepatah Melayu ada berpesan, ‘Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.’ Insaflah dengan perbuatan yang lepas, kerana anda pasti tidak akan terlepas dari hukuman balas!!