Khamis 18 October 2018
A- A A+

Prosedur Pendaftaran TASKA

Baru/Pendaftaran Semula

  1. Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga RM10.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM
  2. Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan
  3. Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan
  4. Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
  5. Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD
  6. Permohonan dikemukakan ke JKMN
  7. Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN
  8. Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat)
  9. Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya
  10. Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dikeluarkan

NOTA:

  • PKMD: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
  • JKMN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
  • JKMM: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat) 

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking