Terima kasih dan penghargaan atas sokongan yang jelas dan tegas
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas kepercayaan dan sokongan yang jelas kepadanya di Dewan Rakyat, semalam. Beliau berkata kerajaan telah membawa satu Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri dan berjaya membuktikan keabsahan dukungan majoriti Ahli Dewan Rakyat. “Kini masa untuk bekerja dan menjelmakan perubahan yang didambakan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook. Terdahulu Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri ke-10, apabila…