JPJ Melaka laksana program advokasi berterusan di sekolah
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan melaksanakan program Advokasi Keselamatan Jalan Raya secara berterusan di sekolah di negeri ini bagi meningkatkan kesedaran pelajar, ibu dan bapa mengenai kepentingan mematuhi peraturan ditetapkan. Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata ia berikutan hasil pemeriksaan di empat sekolah yang diadakan setakat ini, pihaknya mengesan pelbagai kesalahan membabitkan pelajar membawa kenderaan terutamanya motosikal ke sekolah. “Daripada keseluruhan 363 motosikal yang diperiksa, 498 kesalahan telah dikenal pasti…