MOSTI laksana tujuh fokus pacu kemajuan STI negara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melaksanakan tujuh fokus tahun ini bagi memastikan kesinambungan usaha memacu perkembangan sains, teknologi dan inovasi (STI) negara, di samping meneroka peluang ekonomi baharu. Menteri berkenaan Chang Lih Kang berkata pelaksanaan menerusi pendekatan 4K (Komuniti, Kerjasama, Kemajuan dan Kemakmuran) itu meliputi membina Model Pembangunan Sistem Pencegahan Ancaman Bencana Alam, Kesihatan dan Bekalan Makanan Negara; merapatkan jurang capaian teknologi melalui Sistem Pintar untuk Komuniti Bandar-Luar Bandar…