Malaysia yakin IPEF platform perkukuhkan kerjasama di Indo-Pasifik
Malaysia yakin Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF), iaitu inisiatif perdagangan baharu yang turut dianggotainya akan menjadi satu platform untuk memperkukuhkan kerjasama ekonomi dengan negara di Indo-Pasifik dan rantau ASEAN, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri Malaysia itu pada Persidangan Antarabangsa ke-27 Mengenai Masa Depan Asia pada Khamis berkata IPEF menyediakan struktur kerjasama yang holistik bagi menyelesaikan isu perdagangan dengan negara rakan. Ini memandangkan fokus dalam negara (Malaysia) tertumpu kepada usaha untuk…