Category: Kesihatan

Posted on: 25/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

COVID: Kes baharu dan kematian meningkat minggu lepas

Kes  harian baharu COVID-19 menunjukkan peningkatan dengan  kadar kenaikan sebanyak 13.5 peratus iaitu 29,886 pada minggu epidemiologi (ME) ke-29 dari 17 hingga 23 Julai berbanding 26,335 kes pada minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, bilangan kes tempatan meningkat sebanyak 13.5 peratus iaitu 26,317 kes kepada 29,858 kes, manakala bilangan kes import menurun sebanyak 26.3 peratus iaitu 38 kes kepada 28 kes. “Bilangan kes sembuh pada ME ke-29 meningkat sebanyak 18.9…

Posted on: 22/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA- Satu kes ILI/UTRI direkodkan di Kedah pada minggu ME28

Satu kes baharu Penyakit Seperti Influenza (ILI) dan jangkitan saluran penafasan atas (URTI) direkodkan di Kedah pada Minggu Epidemiologi ke-28 (ME28) iaitu dari 10 hingga 16 Julai membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata setakat ini  sebanyak 24 kes  ILI/URTI direkodkan melibatkan enam kes di daerah Kuala Muda, Sik (empat), Baling dan Bandar Baharu (tiga), Kubang Pasu dan Yan (dua) …

Posted on: 20/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Isu bekalan ubat dijangka selesai sekurang-kurangnya dua minggu lagi

Masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan di negara ini dijangka akan selesai sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. Dr Noor Azmi berkata kementeriannya sedang berusaha menyelesaikan isu tersebut dengan segera. “Dulu (bekalan ubat) lambat berpunca  bahan mentah lambat sampai dan mungkin disebabkan permintaan mendadak tinggi atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Saintifik Institut Kesihatan Negara (NIH) di sini, semalam.  Selain itu beliau berkata kekurangan bekalan…

Posted on: 18/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

COVID: Kes baharu meningkat 23.4 peratus pada 10 hingga 16 Julai

Bilangan kes baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi ke-28 (ME 28/2022) dari 10 hingga 16 Julai meningkat sebanyak 23.4 peratus berbanding ME 27/2022 iaitu 26,355 kes daripada 21,355 kes.  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes tempatan COVID-19 pada ME ke-28 meningkat sebanyak 23.4 peratus menjadi  26,317 kes daripada 21,325 kes pada minggu sebelumnya manakala kes import meningkat sebanyak 26.6 peratus daripada 30 kes pada minggu sebelumnya kepada 38 kes.  “Bilangan kes…

Posted on: 15/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM agih stok penimbal ubat-ubatan kerajaan kepada klinik, hospital swasta

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengagihkan stok penimbal ubat-ubatan kerajaan kepada klinik dan hospital swasta, susulan timbulnya situasi kekurangan ubat-ubatan di pasaran. Menterinya  Khairy Jamaluddin berkata langkah itu merupakan susulan kepada pengumuman yang dibuat pada 13 Jun lepas berhubung peminjaman ubat-ubatan dari klinik kesihatan dan hospital KKM kepada klinik swasta, sebagai langkah penyelesaian sementara. “Bagaimanapun isu kekurangan bekalan ubat masih berlarutan dan aduan masih saya terima terutama daripada farmasi komuniti dan klinik-klinik swasta…

Posted on: 12/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tujuh juta rakyat Malaysia masih belum ambil dos penggalak COVID-19

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai tujuh juta rakyat Malaysia masih belum mengambil dos penggalak COVID-19 setakat ini dan menasihati mereka segera berbuat demikian.  Beliau berkata walaupun suntikan itu tidak diwajibkan, namun ia amat penting memandangkan kes positif COVID-19 kembali menunjukkan peningkatan selain turut membantu berdepan varian baharu wabak itu terutamanya Omicron BA.5 yang lebih mudah menjangkiti.  “Walaupun tiada paksaan (untuk mengambil dos penggalak), tetapi saya menasihatkan mereka…

Posted on: 12/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

COVID-19: Kes baharu masih meningkat minggu lepas

Kes harian baharu COVID-19 meningkat sebanyak 27.9 peratus dalam tempoh 3 hingga 9 Julai lepas berbanding minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata kes baharu yang dilaporkan dalam tempoh itu adalah 21,355 kes berbanding 16,694 kes pada 26 Jun hingga 2 Julai. “Bilangan kes sembuh bagi 3 hingga 9 Julai turut meningkat sebanyak 14.6 peratus iaitu daripada 14,293 kes kepada 16,379 kes,” menurutnya dalam kenyataan…

Posted on: 08/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM lulus guna Veklury semasa bencana bagi rawatan COVID-19

Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat terhadap produk Veklury (remdesivir 100mg/vial) untuk kegunaan semasa bencana bagi rawatan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kelulusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-374 semalam. Bagaimanapun katanya  produk itu tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi COVID-19  dan tindakan kesihatan awam,  terutamanya pematuhan prosdedur operasi standard (SOP). “KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini…

Posted on: 07/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR- Kelantan catat 68 kes malaria setakat ini

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merekodkan 68 kes malaria setakat ini, meningkat kepada dua kes berbanding tahun lepas dalam tempoh yang sama, kata Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin. Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 11 kes atau 16 peratus adalah malaria manusia, manakala 57 kes (84 peratus) adalah malaria zoonotik iaitu jangkitan malaria daripada monyet. “Jumlah kes tahun ini juga lebih tinggi berbanding tempoh sama 2020 iaitu 53 kes tetapi lebih rendah daripada 2019 iaitu 81…

Posted on: 01/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

COVID-19: Dos penggalak tunggal CanSino diluluskan

Kementerian Kesihatan (MOH) telah meluluskan dos penggalak tunggal vaksin CanSino Convidecia untuk digunakan sebagai penggalak heterologous dengan kesemua 19 jenis vaksin utama di Malaysia. Solution Group Bhd rakan pengeluar CanSino Biologics Inc di ASEAN dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa vaksin itu telah diluluskan untuk dewasa berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira jenis vaksin yang mereka terima pada awal vaksinasi COVID-19. Kenyataan itu juga meebut Convidecia juga akan diberikan…