Category: Inisiatif Kerajaan

Posted on: 09/02/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perkeso anjur Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023, lancar SKSSR hujung minggu ini

Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melancarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad ini. Perkeso dalam kenyataan semalam memaklumkan acara yang dijadual disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu ini bertujuan  membawa skim perlindungan suri rumah berkenaan supaya lebih dekat dengan rakyat selain mengadakan temu duga terbuka berserta pelbagai aktiviti…

Posted on: 08/02/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sekretariat Kerajaan Perpaduan tubuh tiga jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Pilihan Raya

Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang bermesyuarat semalam menubuhkan tiga jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Pilihan Raya bagi merangka strategi menghadapi Plilhan Raya Negeri (PRN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata dua lagi jawatankuasa ialah Jawatankuasa Strategi dan Jawatankuasa Pemantauan  Agenda Kerajaan dan Politik. “Jawatankuasa Pilihan Raya akan menumpukan pilihan raya negeri yang akan diadakan bila-bila masa termasuk hal-hal pembahagian kerusi serta memastikan tapak dan kesepakatan yang kukuh antara parti termasuk Sabah…

Posted on: 07/02/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggalakkan semua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melaksanakan Program Menu Rahmah bagi meringankan beban pelajar daripada golongan berpendapatan rendah (B40) yang menyambung pengajian di institusi itu. Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bagi institusi pengajian tinggi awam (IPTA), KPT sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melaksanakan program berkenaan. “Kita berharap perkara yang baik (Program Menu Rahmah) dapat dilaksanakan…

Posted on: 03/02/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap seiring Malaysia Madani

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas dengan harga lebih rendah. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pakej itu selaras dengan komitmen kerajaan menurunkan kos sara hidup rakyat. Beliau berkata pakej itu menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had yang berharga hanya RM69 sebulan dan mula ditawarkan pada Mac ini dengan kontrak langganan selama…

Posted on: 02/02/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pembaikan jajaran LRT laluan Ampang dijangka selesai dalam dua minggu

Kementerian Pengangkutan (MOT) menjangkakan kerja-kerja pembaikan jajaran perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Ampang berdekatan stesen Bandaraya yang mengalami kerosakan struktur, selesai dalam tempoh dua minggu untuk fasa pertama. Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata kerosakan struktur tersebut akan dibaiki oleh pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bersama perunding yang telah dilantik, dalam kadar segera. “Proses pembaikan akan melibatkan dua fasa iaitu fasa pendek dalam tempoh dua minggu untuk dipastikan ada pembaikan dan struktur itu selamat…

Posted on: 31/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pakej Perpaduan Internet talian tetap untuk B40 akan diperkenal

Pakej Perpaduan Internet talian tetap khusus untuk golongan B40 di negara ini akan diperkenalkan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) 2023 di sini hari ini, beliau berkata Ketua Setiausaha (KSU) KKD Datuk Seri Mohammad Mentek telah diarahkan untuk membuat rundingan dengan pihak berkaitan berhubung pakej itu. “Sebelum ini kita ada umum Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih  untuk telefon bimbit. Selepas…

Posted on: 31/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia-Singapura bincang adakan Persidangan Meja Bulat Sekuriti Siber

Malaysia dan Singapura akan berbincang mengenai keperluan mengadakan Persidangan Meja Bulat Sekuriti Siber Malaysia-Singapura pada setiap tahun dalam usaha mempertingkatkan keselamatan siber. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara itu adalah antara yang akan dibincangkan dalam pertemuannya dengan  rakan sejawatannya dari Singapura, Josephine Teo, yang dijadualkan mengadakan lawatan ke Malaysia pada 4 Februari ini. Beliau berkata pertemuan dua hala itu akan turut meneliti beberapa perkara dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani…

Posted on: 31/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia bakal diwujudkan

Kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) 2023 di sini hari ini, Fahmi berkata KKD akan melaksanakan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti CyberSecurity Malaysia (CSM) bagi menjayakan penubuhan suruhanjaya itu. “Ada perancangan besar iaitu harapan untuk usahakan pembentukan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia,” katanya. Fahmi dalam pada…

Posted on: 31/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKD kenal pasti beberapa agensi adakan Persidangan Meja Bulat Sekuriti Siber Malaysia-Singapura

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengenal pasti beberapa agensi yang akan diberikan keutamaan untuk menganjurkan Persidangan Meja Bulat Sekuriti Siber Malaysia-Singapura yang akan diadakan setiap tahun dalam usaha mempertingkatkan keselamatan siber.  Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ini adalah satu langkah positif dan diharap akan bermula pada tahun ini.  “Sidang meja bulat  tersebut belum lagi dibentuk dan  saya akan menghadiri  Mesyuarat Menteri-Menteri Digital  ASEAN yang berlangsung  di Filipina pada  8…

Posted on: 31/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia, Singapura meterai MoU perlindungan data, keselamatan siber, ekonomi digital

Malaysia dan Singapura semalam menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital. MoU itu ditandatangani Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan rakan sejawatnya Josephine Teo bagi pihak Singapura yang disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong di The Istana, Singapura. Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam kenyataan semalam berkata, ia susulan persetujuan kedua-dua…