Pelaksanaan 5G kekal seperti yang dirancang
Kerajaan akan memastikan pelaksanaan 5G di Malaysia berjalan mengikut rancangan walaupun dua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) mengambil keputusan untuk tidak mengambil kepentingan dalam Digital Nasional Bhd (DNB). Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata susulan penarikan dua syarikat tersebut rundingan dengan empat lagi MNO akan diteruskan dan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu lagi kerana akan membabitkan pengubahsuaian dalam dokumen perjanjian yang akan ditandatangani. “Dua MNO buat…