Category: Pendidikan

Posted on: 22/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penglibatan korporat dalam program sastera bantu bangunkan bakat generasi muda

Penglibatan badan korporat dalam program sastera peringkat institusi pendidikan berupaya membantu pembangunan bakat generasi muda dalam bidang berkenaan, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Beliau berkata puisi boleh membantu pelajar mencintai bahasa sebagaimana yang diperlihatkan menerusi Sayembara Penulisan dan Deklamasi Puisi Merdeka Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan 2022. Justeru, Radzi merakamkan penghargaan kepada Kumpulan UMW selaku penaja sayembara yang julung kali diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan DBP. “Kementerian akan…

Posted on: 13/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sekolah baharu ambil kira aspek reka bentuk kondusif

Pembinaan sekolah baharu di bawah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil kira aspek reka bentuk yang kondusif, mudah diselenggara dan memberi impak yang optimum kepada pelajar dan guru, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Beliau berkata KPM mahu sekolah-sekolah baharu yang bakal dibina memberi fokus kepada perkara berkaitan infrastruktur asas namun memberi impak besar kepada warganya serta dalam masa yang sama memastikan setiap sen dalam peruntukan yang diberikan kerajaan…

Posted on: 19/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

STPM 2021: Keputusan lebih baik, 874 calon capai PNGK 4.0

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 mencatat pencapaian lebih baik dengan 874 calon mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 berbanding 741 calon pada 2020. Pengerusi Majlis Peperiksaan Negara (MPM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata daripada jumlah itu, 584 calon  atau 66.82 peratus  adalah daripada golongan B40.  Beliau berkata secara keseluruhan, PNGK Nasional STPM 2021 meningkat 0.01 mata kepada 2.79 berbanding 2.78 pada 2020.  “Berdasarkan perbandingan PNGK keseluruhan antara calon…

Posted on: 09/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan

Kementerian Pendidikan (KPM) kekal dengan keputusan untuk tidak mengembalikan peperiksaan awam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), walaupun terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahu ia dilaksanakan semula. Timbalan Menteri Pendidikan  II  Datuk Mohamad Alamin berkata UPSR dan PT3 dimansuhkan kerana KPM mahu melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan tidak terhad dalam bidang akademik sahaja. “Kami sudah beri penerangan berkali-kali bahawa kali ini kita ambil…

Posted on: 08/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pemansuhan UPSR, PT3 beri ruang pelaksanaan PBS secara lebih berkesan

Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dalam sistem pendidikan negara dilakukan bagi memastikan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pelaksanaan PBS bukan perkara yang baharu bahkan telah bermula sejak 2011, namun para guru masih terlalu memberi tumpuan kepada peperiksaan untuk memastikan murid memperoleh keputusan cemerlang. “Bila nak mansuh peperiksaan, orang kata bagaimana nak mansuh…

Posted on: 05/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPM cari pendekatan sesuai atasi tahap literasi murid

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam proses mengkaji dan mencari pendekatan kaedah pengajaran bersesuaian untuk menangani tahap penguasaan literasi yang masih rendah dalam kalangan pelajar di negara ini. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata langkah itu perlu diberi perhatian kerana terdapat segelintir murid masih tidak berupaya membaca dengan baik walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Katanya, isu berkenaan terdedah apabila pihaknya bertemu sendiri dengan guru sekolah menengah di lapangan bagi mendengar permasalahan…

Posted on: 28/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia terus jadi destinasi pilihan pelajar antarabangsa

Malaysia masih menjadi destinasi pilihan untuk pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian mereka, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau berkata walaupun jumlah permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke negara ini sedikit merosot ketika dunia berdepan dengan pandemik COVID-19, namun keadaan mula positif pada 2021 dengan peningkatan semula permohonan sehingga 32 peratus. “Keadaan ini diperkukuhkan dengan pengiktirafan Kuala Lumpur di tempat kedua dalam QS Top Universities ‘Most Affordable City for Students’…

Posted on: 16/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SPM 2021: 9,696 calon peroleh semua A, GPN 4.86

Seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, umum Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid. Dalam sidang media pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2021 di sini hari ini, beliau berkata Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan bagi SPM 2021 adalah 4.86. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. GPN pada 2020 adalah 4.80, 4.86…

Posted on: 18/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kolej Tingkatan Enam pertama Kelantan dibina di Bukit Cina

Sebuah Kolej Tingkatan Enam yang dilengkapi dengan 20 bilik darjah serta kemudahan lain akan dibangunkan di Bukit Cina, di sekitar kawasan sempadan antara Ketereh dan Machang dekat sini, tidak lama lagi. Berita gembira berhubung pembinaan Kolej Tingkatan Enam yang pertama di Kelantan itu  dikongsi oleh Menteri Kanan Pendidikan  Datuk Dr  Radzi Jidin menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini. “Terletak di lokasi yang strategik berhampiran jalan utama yang menghubungkan Kota Bharu dan…

Posted on: 08/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tambah baik STAM: KPM, Al-Azhar Al-Sharif dalam peringkat akhir muktamad pindaan perjanjian

Kementerian Pendidikan (KPM) dan Al-Azhar Al-Sharif, Mesir sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan pindaan terhadap perjanjian sedia ada sebagai usaha menambah baik pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pindaan itu bertujuan untuk memastikan lepasan STAM adalah dalam kalangan mereka yang berkualiti tinggi dan berupaya melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar. “KPM dan Al-Azhar Al-Sharif telah memeterai Memorandum Persefahaman Akademik dan Kebudayaan pada…