Hubungan Malaysia-China bertambah erat, disokong hubungan “G to G” yang kukuh
Hubungan Malaysia-China bertambah erat disokong oleh hubungan kukuh antara kerajaan kedua-dua negara (G to G) serta penglibatan aktif sektor swasta, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Menteri itu berkata Kuala Lumpur-Beijing telah menjalin hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974 dan bersetuju untuk meningkatkan hubungan menerusi Kerjasama Strategik pada 2004 dan seterusnya dinaik taraf kepada Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP) pada 2013. “Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 peningkatan hubungan dua hala…