Menu Rahmah murah, sedap dan menyelerakan
Murah, sedap dan menyelerakan. Itu antara reaksi pelanggan pada hari pertama Program Menu Rahmah di Pasar Raya Mydin Tunjong, dekat sini semalam. Pelanggan Norizan Arifin, 63, dari Pasir Tumboh berkata menu yang disediakan bukan sahaja seimbang, malah mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah. “Harga yang ditawarkan pula adalah berpatutan, hidangannya segar dan amat menyelerakan. Program ini amat baik malah berbaloi bagi mereka yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai,” katanya kepada Bernama…