Perdana Menteri kongsi logo Malaysia Madani di media sosial
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkongsi logo Malaysia Madani, konsep diperkenalkannya sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia. Berdasarkan infografik dimuat naik di laman Facebook dan Twitternya, logo itu mempunyai reka bentuk seakan tapak tangan dan diasaskan dengan empat warna Jalur Gemilang. Lima jari dengan jalur merah putih yang ditonjolkan dalam logo itu merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asas ideologi Malaysia manakala bulatan “tapak tangan” berwarna biru…