Category: Berita Terkini

Posted on: 10/02/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Boleh guna paparan digital bagi LMM, LKM mulai Jumaat

Bermula hari ini (10 Feb), pemilik kenderaan persendirian warganegara tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan pada  kenderaan masingmasing, tetapi boleh menggunakan mod paparan digital iaitu Lesen Kenderaan Motor digital (e-LKM). Selain itu, Lesen Memandu Malaysia (LMM) digital (e-LMM) juga boleh digunakan dalam bentuk mod paparan digital mulai hari ini. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dalam sidang media di sini hari ini berkata pelaksanaan e-LKM dan e-LMM itu ialah langkah digitalisasi dalam…

Posted on: 10/02/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia tidak akan benarkan keganasan bagi menyelesaikan konflik di selatan Thailand

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak akan membenarkan keganasan bagi menyelesaikan sebarang konflik di selatan Thailand. Anwar, yang sememangnya secara peribadi dikenali ramai di selatan, berjanji untuk “melakukan apa sahaja yang diperlukan” bagi memudahkan proses damai di selatan negara itu. “Saya datang ke sini dengan mesej yang sangat jelas bahawa kerajaan (Malaysia) tidak membenarkan sebarang jenis keganasan untuk menyelesaikan konflik. “Kami akan menggunakan hak kami sebagai rakan…

Posted on: 08/02/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Hassan Marican ketuai badan penasihat khas Menteri Kewangan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan pelantikan Penasihat Petronas Tan  Sri Mohd Hassan Marican untuk mengetuai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan. Anwar berkata kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku Menteri Kewangan. Beliau berkata empat lagi anggota badan penasihat khas itu ialah Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd  Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Universiti Sunway Prof Dr Yeah Kim Leng, Profesor Ekonomi Universiti…

Posted on: 08/02/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Anwar pengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di  Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur malam tadi bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan. Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), tiba di bangunan itu pada kira-kira 7.50 malam.  Mesyuarat itu turut dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Fadillah Yusof daripada Gabungan Parti Sarawak…

Posted on: 07/02/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

70 anggota pasukan SMART berlepas ke Turkiye untuk misi SAR mangsa gempa bumi

Malaysia menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turkiye bagi membantu misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye sebagai tanda solidariti kepada mangsa yang terjejas. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Wisma Putra dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali untuk mengambil tindakan segera dengan menghantar…

Posted on: 31/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Program mesra rakyat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 (SHWP 2023) akan memberikan fokus kepada program  kesejahteraan dan kebajikan yang berterusan kepada golongan B40 dan miskin di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Pelaksanaan program SHWP 2023 yang berlangsung sepanjang bulan ini,  juga berkonsepkan mesra rakyat dan melibatkan penyertaan daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) Datuk Seri Rosida Jaafar berkata SHWP 2023 mengambil tema ‘Wilayah Persekutuan Untuk Semua’ yang…

Posted on: 30/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Waktu puncak LRT laluan Ampang/Sri Petaling, monorel dilanjutkan mulai hari ini

Perkhidmatan  waktu puncak bagi Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling  dan Laluan Monorel Kuala Lumpur akan dilanjutkan bermula hari ini. Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan semalam memaklumkan waktu puncak itu dipanjangkan dari 6.30 pagi hingga 10.30 pagi berbanding jadual asal 7 pagi hingga 9.30 pagi dan dari 4.30 petang hingga 8.30 malam berbanding 5 petang hingga 7.30 malam. Menurut kenyataan itu pemanjangan operasi tersebut susulan gangguan perkhidmatan di antara dua stesen LRT Bandaraya dan…

Posted on: 27/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Hujan berterusan diramal landa Pantai Timur dan Johor sehingga Isnin

Hujan berterusan dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula hari ini sehingga Isnin depan. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 9 pagi ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.  Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang; Pahang…

Posted on: 26/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

20 pejabat pengeluar pasport beroperasi setiap hari mulai Jumaat

Sebanyak 20 Pejabat Pengeluar Pasport selain daripada Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan beroperasi tujuh hari seminggu bermula Jumaat ini sebagai antara usaha mengatasi kesesakan di kaunter Imigresen. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata selain itu, mesin pencetak pasport di pejabat yang sesak dan mempunyai kadar pengunjung tinggi juga akan ditambah. Selain itu, katanya pejabat pasport Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) akan turut beroperasi sebagai Pejabat Pengeluar Pasport bagi kes…

Posted on: 26/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Anwar harap Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei muktamadkan beberapa perkara

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) Malaysia-Brunei pada tahun ini akan dapat memuktamadkan beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama. Ia termasuk kerjasama dalam bidang kesukanan dan belia, kehakiman syariah serta pendidikan yang sedang giat dibincangkan oleh kedua-dua pihak. “Pada tahun ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi ALC ke-24 di Kuala Lumpur. Ia merupakan wadah utama bagi kedua-dua pemimpin negara membincangkan isu-isu berkepentingan bersama dan ia sewajarnya diteruskan,”…