Projek baharu tidak akan diumum sebelum diteliti
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan mengumumkan sebarang projek baharu untuk sesebuah negeri yang dilawatinya tanpa melakukan penelitian rapi terlebih dahulu. Beliau berkata sesuatu projek yang hendak diumum perlu dikaji dan mendapat persetujuan semua pihak termasuk di peringkat agensi berkaitan supaya ia dapat dilaksanakan dengan telus serta berjalan lancar. “Bukan amalan saya datang kemudian umum projek. Kalau mahu umum projek, kena ada persetujuan di peringkat agensi pusat,…