MEH lancar program Sekuriti Makanan Halal, jamin rantaian ekosistem industri pasaran makanan halal
Majlis Ekonomi Halal (MEH) melancarkan program Sekuriti Makanan Halal dan Konsortium Projek Ladang Halal untuk menjamin rantaian ekosistem industri pasaran makanan halal. Pengerusi Lembaga Penasihat MEH Tan Sri Syed Hamid Albar berkata isu keselamatan makanan terutamanya makanan halal memerlukan mekanisme khusus dalam usaha menyokong Dasar Halal Negara untuk kepentingan umat Islam. “Sekuriti makanan tidak bersifat teori, sebaliknya merupakan masalah yang nyata kepada dunia hari ini dan akan datang. Kita mengimport makanan…