Tiada perancangan kaji semula Sejarah subjek wajib lulus SPM
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengkaji semula Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata sebaliknya kementerian itu akan melihat faktor penyumbang kepada kegagalan calon dalam subjek itu pada tahun lalu dan mencari intervensi bersesuaian bagi memastikan pelajar dapat menguasai subjek Sejarah. “Pada masa akan datang, KPM akan memastikan jumlah murid yang gagal mata pelajaran ini dapat…