21 Februari – RTM Tidak Sabotaj, Hanya Patuhi SOP Siaran Langsung – Gobind
PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjelaskan liputan siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) ketika sambutan Tahun Baharu Cina peringkat kebangsaan di Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad lalu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan. Menterinya, Gobind Singh Deo, berkata SOP RTM menyatakan dengan jelas bahawa apabila Perdana Menteri menghadiri sebuah majlis rasmi, maka hanya ucapannya yang akan disiarkan secara langsung melalui RTM. Justeru, katanya, RTM tidak boleh dipersalahkan kerana…