Obesiti Kanak-Kanak Semakin Serius Di Malaysia
KUALA LUMPUR (Bernama) — Farhan (bukan nama sebenar) dihantar ke sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan untuk jangkitan kuman pada kaki kanannya. Sepatutnya, ubat-ubatan dan penjagaan sudah memadai untuk menyembuhkan seorang kanak-kanak sihat yang berusia 12 tahun. Bagaimanapun, Farhan bukanlah kanak-kanak yang sihat kerana berat badannya ketika itu melebihi 100 kilogram (kg). Susulan daripada itu, Farhan dirujuk kepada hospital kerajaan bagi merawat komplikasi akibat berat badannya yang berlebihan itu. Namun,…