Pengusaha kilang perlu tanggung kos vaksin COVID-19
KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang mendapatkan bantuan daripada pengusaha kilang di seluruh negara untuk menanggung kos pembelian vaksin COVID-19 bagi pelaksanaan program imunisasi terutama dalam kalangan pekerja asing mereka. Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Wan Mohd Husni Abdullah, berkata pihaknya beranggapan langkah itu sebagai situasi menang-menang antara kerajaan dan pengusaha sektor perindustrian. Katanya, ia susulan keputusan kerajaan tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh, sebaliknya mengetatkan lagi sektor ekonomi…