Bajet 2022: PM zahir penghargaan kepada Keluarga Malaysia atas idea, pandangan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang disifatkannya dekat di hati beliau atas segala lontaran idea dan pandangan dalam menyempurnakan Bajet 2022 ini. Perdana Menteri turut berharap hasrat membangun semula negara dengan kebahagiaan yang lebih tersulam dan dengan semangat Keluarga Malaysia dapat direalisasikan. “#Bajet2022 yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” adalah tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook…