Jualan Keluarga Malaysia , barangan 20 peratus lebih murah mulai 4 Disember
Kerajaan akan melancarkan Jualan Keluarga Malaysia melibatkan barangan keperluan asas di 222 kawasan Parlimen seluruh negara bermula 4 Disember ini, sebagai antara langkah memastikan pengguna mendapatkan barang keperluan pada harga lebih murah. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jualan itu dilaksanakan dua kali dalam sebulan dengan barangan keperluan asas akan dipastikan 15 peratus hingga 20 peratus lebih murah. “Kami telah dapat kerjasama daripada semua agensi terlibat bagi memastikan jualan ini…