Ops BAHIS tumpu proses disinfeksi bagi jaga kesihatan penduduk terjejas banjir
Selain bantuan kerja-kerja pembersihan, Operasi Bantu Hingga Selesai (Ops BAHIS) akan memberi tumpuan kepada proses disinfeksi di rumah-rumah serta persekitaran kawasan yang terjejas akibat banjir pada 18 Disember lepas. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata proses disinfeksi yang akan dijalankan esok dan Ahad ini, bertujuan menjaga kesihatan awam bagi mengelakkan berlaku jangkitan penyakit lain dalam kalangan penduduk yang terkesan dengan bencana itu. “Selain menjaga prosedur operasi standard…