WILAYAH UTARA- Mangsa ribut dan puting beliung terima bantuan tunai RM1,300
Mangsa kejadian angin ribut dan puting beliung yang mengalami kerosakan rumah akibat bencana yang melanda beberapa kawasan di sini petang semalam akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,300. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata setakat ini sebanyak 219 rumah di beberapa kawasan iaitu Taman Desa Seri Chepor, Kampung Tawas, Taman Tasek Damai dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya di sini didapati terkesan dengan kejadian ribut yang berlaku pada kira-kira…