Malaysia, China meterai MoU dalam bidang perubatan tradisional
Malaysia dan China hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi membangun dan memperkukuhkan bidang perubatan tradisional menerusi kerjasama dari segi amalan, pendidikan, latihan serta penyelidikan. MoU tersebut ditandatangani Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Pesuruhjaya Pusat Pentadbiran Perubatan Tradisional Cina Kebangsaan (NATCM) Dr Yu Wen Ming secara dalam talian hari ini. MoU dalam bidang perubatan tradisional itu merupakan keseinambungan daripada MoU State Administration of Traditional Chinese Medicine (Pentadbiran Perubatan Tradisional Cina…