Aidilfitri: Bekalan barang keperluan mencukupi
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli bahan mentah barangan keperluan dalam kuantiti yang banyak menjelang sambutan Aidilfitri ini. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata ia bagi mengelak berlaku ketiadaan bekalan terbabit sehingga mengakibatkan pengguna lain terkesan kerana sukar mendapatkan barangan yang diingini. “MAFI telah berbincang dengan syarikat-syarikat pengeluar ayam dan pengimport daging, malah mereka sedia memberi kerjasama memastikan bekalan…