Month: May 2022

Posted on: 31/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kementerian diminta percepat projek pembangunan

Setiap kementerian telah diminta untuk mempercepatkan projek pembangunan kerana ia memberikan kesan berganda khususnya untuk menggerakkan ekonomi akar umbi. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dinyatakan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara yang berlangsung pagi ini. “Di bawah Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM40.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan asas. “Dalam masa yang sama, kerajaan memberikan perhatian serius kepada kenaikan harga bahan binaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di…

Posted on: 31/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Program ‘Buku Bistro’ JaPen promosi bahan terbitan BPDN

Jabatan Penerangan (JaPen) melalui Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN) tampil dengan program ‘Buku Bistro’ bertujuan mempromosikan bahan terbitan agensi itu kepada warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).  Ketua Pengarah Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid ketika ditemui Bernama pada program itu di kompleks K-KOMM di sini hari ini berkata ‘Buku Bistro’ membuka peluang kepada warga kementerian untuk melihat dan mendapatkan pengetahuan tambahan melalui koleksi buku terbitan BPDN. “Terdapat banyak koleksi…

Posted on: 31/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PICKids tamat hari ini, 33 peratus lengkap divaksin

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dilancarkan pada 3 Februari lepas bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun tamat hari ini dengan 33 peratus daripada mereka lengkap menerima dua dos, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. Beliau berkata mulai esok hingga 31 Januari 2023, vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak berusia lima tahun pada atau selepas 31 Mei 2022 hanya ditawarkan melalui klinik kesihatan (KK) dan klinik swasta yang masih beroperasi…

Posted on: 31/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MOF rangka belanjawan holistik berkaitan bencana

Bencana alam khususnya banjir yang melanda negara sebelum ini akan menjadi panduan Kementerian Kewangan dalam merangka belanjawan yang lebih holistik, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah. Beliau berkata  justeru, menerusi sesi libat urus antaranya dengan  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilihat  membantu kementerian itu dalam merancang peruntukan yang lebih baik misalnya melibatkan perolehan aset dan infrastruktur.  “Pasukan bomba antara agensi pertama yang akan tiba di tempat kejadian dan…

Posted on: 31/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Mansuh AP langkah tepat stabilkan harga makanan

Keputusan kerajaan untuk memansuhkan kelulusan kuota import (AP) bahan makanan berkuat kuasa serta-merta pada 18 Mei lepas adalah langkah tepat untuk menstabilkan harga makanan. Profesor Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia Prof Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin berkata ketika ini dunia sebenarnya mengalami krisis kos makanan menyaksikan kenaikan harga bahan makanan termasuk bijirin bagi ternakan, sekali gus menyebabkan harga makanan meningkat. Katanya berdasarkan maklumat daripada pemain industri, langkah yang diambil kerajaan itu mula menunjukkan kesan…

Posted on: 31/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Media Malaysia, Indonesia perlu bijak tangani isu berbangkit

Media Malaysia dan Indonesia perlu bijak menangani setiap isu berbangkit dan harus bertindak pantas memberi penjelasan untuk meredakannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ketika pertemuan santai dan mesra bersama pemimpin tertinggi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI), serta kepimpinan kanan media Indonesia di Putrajaya semalam, Ismail Sabri juga menyuarakan  agar media Malaysia dan Indonesia memainkan peranan lebih strategik bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara serumpun itu. “Semoga ISWAMI yang ditubuhkan…

Posted on: 31/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Khairy Jamaluddin dijadual ke Singapura sebagai Felo Pertukaran Lee Kuan Yew mulai 31 Mei

Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin akan berada di Singapura sebagai Felo Pertukaran Lee Kuan Yew dari 31 Mei hingga 3 Jun 2022, menurut Kementerian Luar (MFA) republik itu. Khairy merupakan Felo Pertukaran Lee Kuan Yew ke-71 dan ketujuh dari Malaysia, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam. MFA berkata Khairy akan bertemu Perdana Menteri Lee Hsien Loong; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi Heng Swee…

Posted on: 31/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN- Peruntukan RM1 juta bagi program geran Pusat Bandaraya Seni, Warisan dan Budaya

Sebanyak RM1 juta diperuntuk bagi memperkasa dan memperkukuh pembangunan komuniti di sekitar bandar raya Johor Bahru dalam usaha peremajaan bandar raya berkenaan. Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Dr Badrul Hisham Kassim berkata peruntukan dalam bentuk geran menerusi Program Geran Pusat Bandaraya Seni, Warisan dan Budaya itu hasil kerjasama pihaknya bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Think City. Beliau berkata program itu juga merupakan pelengkap kepada inisiatif peremajaan dan…

Posted on: 30/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SABAH- Kekalkan kebersatuan dalam kepelbagaian sebagai cerminan Keluarga Malaysia

Semangat kebersatuan dalam kepelbagaian dipegang sekian lama rakyat Sabah wajar dikekalkan untuk generasi akan datang sebagai cerminan aspirasi Keluarga Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. Beliau berkata rakyat Sabah sangat  bertuah dikurniakan pelbagai budaya serta seni tradisi yang kaya dan menjelang sambutan Pesta Kaamatan,  semangat perpaduan, persaudaraan, persahabatan dan semangat kebersamaan dalam kepelbagaian rakyat daripada suku, kaum dan budaya itu amat terserlah. “Kepelbagaian etnik di Sabah yang boleh duduk semeja…

Posted on: 30/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jom ke kaunter kementerian dan agensi, karnival kerjaya di Jelajah AKM Terengganu

Orang ramai dipelawa untuk ke kaunter perkhidmatan kementerian dan agensi kerajaan sepanjang penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM)  di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Kuala Nerus, pada 2 hingga 4 Jun ini. Unit Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam kenyataan memaklumkan antara kaunter kementerian akan dibuka termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),  Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia…