KPLB peruntuk RM1.5 juta bangunkan kompetensi pendidik MARA
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi tujuan latihan dan pembangunan kompetensi warga pendidik Majlis Amanah Rakyat (MARA) tahun ini. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan profesionalisme 10,485 warga pendidik MARA sentiasa berada di tahap terbaik. “MARA telah berusaha untuk meningkatkan taraf kemahiran agar para pendidik daripada institusi MARA ini dapat ditingkatkan dan tahap capaian mereka berada pada tahap yang profesional. “Inisiatif ini diharap…