Month: July 2022

Posted on: 30/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perdana Menteri lancar Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022

Jalur Gemilang berkibar megah di pentas Dataran Putrajaya, di sini hari ini menandakan bermulanya sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini. Acara bersejarah itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memacak Jalur Gemilang berkenaan bersempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.  Terdahulu, beliau menerima Jalur Gemilang berkenaan daripada sekumpulan kanak-kanak lengkap berpakaian tradisi, simbolik semangat patriotisme melibatkan pelbagai generasi di atas pentas.  Sebelum…

Posted on: 30/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

OKU teruja sertai sambutan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) nyata teruja menyertai ribuan Keluarga Malaysia meraikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Dataran Putrajaya hari ini. Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata kira-kira 200 OKU terdiri daripada pelbagai kategori turut bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri  dalam program Berjalan Teguh Bersama sejauh 2.7 kilometer bermula dari Dataran Putra ke Kementerian Wilayah Persekutuan, Monumen…

Posted on: 30/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bulan Kebangsaan: Annuar ajak rakyat anjur pelbagai aktiviti sebagai tanda kebersamaan

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengajak seluruh rakyat untuk menganjurkan pelbagai aktiviti sempena sambutan Bulan Kebangsaan sebagai tanda kesyukuran dan kebersamaan selari dengan konsep Keluarga Malaysia. Beliau berkata setelah dua tahun dibelenggu pandemik COVID-19, kini rakyat negara ini perlu kembali menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 (HKHM2022) dengan penuh rasa patriotik. “Tahun ini negara akan meraikan sambutan HKHM2022 dalam suasana yang kita berharap ia diraikan oleh…

Posted on: 30/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perdana Menteri, Jemaah Menteri sertai ‘Berjalan Teguh Bersama’

Program Berjalan Teguh Bersama bersempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotik, meriah dan warna-warni.  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa bersama Jemaah Menteri turut menyertai lebih 15,000 peserta program berjalan secara santai sejauh 2.7 kilometer itu.  Seawal 6 pagi, orang ramai mula tiba di Dataran Putra, di sini dan dilihat penuh bersemangat…

Posted on: 29/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH-Air Selangor: Tarif baharu untuk pengguna bukan domestik bermula 1 Ogos

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan menaikkan tarif bekalan air baharu pada kadar purata 20 sen setiap meter padu melibatkan kategori pengguna bukan domestik, rumah ibadah dan kapal berkuat kuasa 1 Ogos. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim berkata purata kenaikan itu dianggap masih rendah dan tidak melibatkan pengguna domestik. “Untuk penggunaan bukan domestik antaranya komersial dan  industri iaitu  0  hingga 35 meter padu,  kenaikannya adalah  daripada…

Posted on: 29/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka terus kukuh pada suku kedua tahun ini

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka terus  kukuh pada suku kedua tahun ini, disokong oleh beberapa petunjuk ekonomi termasuk perdagangan yang meningkat sebanyak 43.4 peratus kepada paras tertinggi baharu berjumlah RM270.4 bilion. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, eksport turut meningkat sebanyak 38.8 peratus kepada RM146.2 bilion manakala import melonjak 49.3 peratus kepada RM124.2 bilion. “Pasaran buruh juga lebih baik dan kadar pengangguran menurun kepada 3.9 peratus pada Mei berbanding 5.0 peratus pada bulan sama pada 2020,”…

Posted on: 29/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Persiapan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 berjalan lancar

Persiapan bagi pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya di sini esok berjalan lancar, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek. Beliau berkata persiapan sedang giat dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan  (JaPen) selaku urus setia program itu dengan  kerjasama pelbagai pihak bagi menjayakan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022. “Saya berpuas hati dengan persiapan dan raptai yang dibuat…

Posted on: 29/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sukan Komanwel : ‘Brummies’ alu-alukan kehadiran 6,500 atlet dalam acara penuh warna warni

Sukan Komanwel Birmingham 2022, kini bermula dengan rasminya selepas acara perasmian penuh gilang-gemilang berlangsung di hadapan 30,000 penonton di Stadium Alexander, Perry Barr  di sini. Acara pembukaan yang menerima sentuhan Martin Green yang bereputasi antarabangsa sebagai ketua acara Sukan Olimpik London 2012, selain Steven Knight iaitu pencipta dan penulis siri televisyen yang terkenal ‘Peaky Blinders’,  telah memaparkan ‘DNA’ BIrmingham dan West Midlands. Memaparkan bandar raya yang penuh dengan kepelbagaian dan…

Posted on: 29/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kontinjen negara mampu capai sasaran 35 pingat emas

Kontinjen negara ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 dilihat mampu merealisasikan sasaran 35 pingat emas ditetapkan berdasarkan prestasi memberangsangkan melibatkan beberapa acara sukan.  Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke AUG Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan berkata ia berikutan sukan seperti karate dan badminton disifatkan boleh menjadi lubuk emas dengan beberapa pingat berjaya dibawa pulang lebih awal buat kontinjen negara. “Atlet Malaysia secara keseluruhannya menunjukkan prestasi baik dan cemerlang. Selepas enam jenis…

Posted on: 28/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rang Undang-undang: Larang rokok, peranti dijual kepada individu lahir 2007 dan seterusnya

Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang antara lain  memperuntukkan larangan individu  yang lahir pada 2007 dan seterusnya, merokok, membeli atau memilik produk tembakau atau peranti merokok dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam. Menurut rang undang-undang itu, individu berkenaan yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok boleh didenda tidak melebihi…