K-KOMM tumpu tiga aspek utama jadikan Malaysia hab ICT
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi tumpuan kepada tiga aspek utama dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), selaras dengan inisiatif Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL). Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata tiga aspek utama itu ialah pengukuhan infrastruktur komunikasi, menarik pelaburan digital dan membina tenaga kerja serta modal insan dalam sektor teknologi digital. “Bagi memperkukuh ekosistem kesalinghubungan, K-KOMM telah melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA…