Kerajaan beri terus tablet PerantiSiswa kepada penerima, tidak perlu pulang balik
Kerajaan hari ini memutuskan mahasiswa yang menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia tidak perlu memulangkan peranti itu apabila tamat pengajian nanti. Mengumumkan perkara itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sebelum ini telah menetapkan inisiatif PerantiSiswa itu diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP), yang menyaksikan mahasiswa perlu memulangkannya selepas tamat pengajian. Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan maklum balas pertemuan antara Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa…