WILAYAH TIMUR- Bantuan lebih RM2 juta kepada penternak terjejas banjir di Terengganu
Seramai 175 penternak di Terengganu yang terjejas ekoran banjir pada Disember 2021 hingga Februari tahun ini telah menerima bantuan dalam bentuk peralatan dan input penternakan bernilai hampir RM2.08 juta. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Azman Ibrahim berkata bantuan daripada kerajaan Persekutuan menerusi Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan itu membolehkan setiap penternak menerima antara RM5,000 hingga RM10,000 seorang dan penyerahan telah dibuat 2…