Posted on: 13/01/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jumlah mangsa banjir di Johor  setakat 8 pagi ini semakin berkurangan  kepada 705  orang daripada 206  keluarga  berbanding 1,044 orang petang semalam. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata tiga daerah masih terjejas banjir melibatkan 17 pusat pemindahan sementara (PPS), dengan Muar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 367 orang, diikuti Segamat (326) dan Tangkak (12).

“Stesen Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar kekal pada paras bahaya namun menunjukkan trend penurunan, manakala stesen Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat merekodkan paras amaran namun turut mengalami trend penurunan. 

“Cuaca di seluruh negeri kini dilaporkan cerah termasuk di daerah terjejas banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jalan Felda Bukit Aping di Kota Tinggi masih ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian tanah runtuh. 

Sementara itu di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata mangsa banjir di Melaka kekal kepada 15 mangsa daripada lima keluarga pada 8 pagi ini, yang ditempatkan di satu PPS di Jasin.

Sumber: BERNAMA