Posted on: 21/02/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kementerian Kewangan memberi fokus untuk memacu pemulihan kewangan negara agar rakyat dapat kembali hidup dengan selesa melalui beberapa strategi seperti penjanaan pekerjaan baharu, membawa pelaburan serta membantu perniagaan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata strategi untuk memacu pertumbuhan kewangan negara diletakkan melalui dua tunggak utama iaitu JaminKerja dan SemarakNiaga dalam Bajet 2022, selepas negara dilanda pandemik COVID-19. 

“Saya berharap kita dapat terus memberi keutamaan yang paling penting kepada pemulihan ekonomi untuk rakyat.

Kita berada di atas landasan yang betul di mana aktiviti ekonomi, baik dari perspektif makro, perniagaaan atau individu sedang beransur pulih dengan pantas berdasarkan indikator seperti pasaran kerja dan sebagainya.

“Saya yakin kita dapat pulih mengikut perancangan dan menjana ekonomi sekali gus terus membawa keyakinan kepada pelabur untuk terus datang ke Malaysia,” katanya menerusi laman Facebook beliau semalam. 

Tengku Zafrul berkata demikian sebagai menjawab kenyataan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai keadaan terkini kewangan negara.

Sumber: BERNAMA