Posted on: 27/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan terus membantu usaha merancakkan industri pengangkutan yang terjejas sejak dua tahun lepas akibat pandemik COVID-19.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata industri itu dilihat mempunyai peluang untuk berkembang dengan lebih pesat di masa hadapan.

Katanya antara inisiatif yang dilaksanakan bagi tujuan itu adalah dengan pelancaran produk pembiayaan baharu yang dikenali sebagai pembiayaan Sewa Beli Komersial-i oleh Bank Rakyat baru-baru ini, bagi membantu memperkukuh sosioekonomi usahawan.

Pembiayaan Sewa Beli Komersial-i ialah produk pembiayaan yang diperkenalkan untuk memenuhi keperluan usahawan untuk mendapatkan kenderaan komersial atau peralatan baru.

Noh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pengoperasian empat  buah lori baharu syarikat Mesra Indah Jaya Transportation (MIJ),  di Depoh Mesra Transportation, Dataran Pahlawan, semalam. 

Sumber: BERNAMA