Posted on: 19/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kejayaan Malaysia melawan pandemik COVID-19 sehingga  berupaya memasuki fasa peralihan ke endemik turut disumbang oleh keberkesanan kempen yang disiarkan melalui pelbagai saluran seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kerana kempen yang diadakan secara agresif itu, rakyat kini sudah dapat menjalani aktiviti harian seperti biasa tanpa perlu lagi berasa bimbang. 

“Kalau kita pergi ke kawasan-kawasan bandar sekarang, rakyat dilihat sudah tidak berasa takut. Sebab apa, kerana kita (Malaysia) telah menang COVID-19 dan kerana kempen kita di RTM dan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) berjaya. 

“Oleh itu, saya ucapkan tahniah kepada semua warga RTM kerana kita telah berjaya melawan satu ancaman negara yang cukup bahaya dan rakyat mendengar dan sanggup bekerjasama dengan kita (kerajaan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra Menteri K-KOMM bersama warga Jabatan Penyiaran Malaysia yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Che Roslan Che Daud, di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA