
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (Chaba) yang dikesan pada Latitud 15.7 Utara dan Longitud 114.1 Timur, kira-kira 531 kilometer (km) ke Tenggara Wenqu, Pulau Hainan, China.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini memaklumkan ribut itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15 km sejam (km/j) dengan kelajuan angin maksimum 65km/j.
Menurut MetMalaysia, jarak lekukan tropika itu dengan bandar terdekat ialah kira-kira 1,025 km ke utara barat laut Kudat, Sabah dan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia.
Sumber: BERNAMA