
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) hari ini.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan bahawa agensi itu membuka permohonan secara dalam talian (online) yang menawarkan bantuan sebanyak RM500 sebulan kepada semua warga emas bagi 2022 seperti tular di media sosial.
JKM menegaskan bahawa pemakluman berkenaan yang tersebar itu merupakan kenyataan palsu dan orang ramai dinasihati tidak mudah percaya dengan maklumat palsu, sebaliknya menjadi warga digital bijak dan bertanggungjawab.
Orang ramai boleh membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber di laman portal rasmi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai skim bantuan yang ditawarkan oleh JKM.
Sumber: BERNAMA