Posted on: 15/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Aplikasi gaya hidup dan perkhidmatan kewangan digital, Boost  terus mengukuhkan sokongannya terhadap rakyat Malaysia dengan mensubsidikan 50 peratus bagi pembelian barangan runcit termasuk telur dan ayam di sepanjang bulan Julai.

Subsidi ini adalah sebahagian daripada bantuan #BoostUntukRakyat yang bertujuan untuk mengurangkan kos perbelanjaan harian masyarakat tempatan.

Boost turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk mencadangkan sokongan yang diperlukan di saluran media sosial rasminya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sheyantha Abeykoon berkata bagi membantu menangani kos sara hidup yang kian meningkat, Boost bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini.

“Bantuan #BoostUntukRakyat adalah inisiatif berterusan, dan kami ingin mendengar pandangan rakyat mengenai sokongan-sokongan lain dari Boost yang diperlukan bagi meringankan beban kewangan masyarakat. Kami menggalakkan rakyat untuk berkongsi cadangan dan kami akan berusaha untuk terus menambah baik sokongan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif  Boost Life  Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie  berkata ramai  rakyat Malaysia sedang menghadapi kesusahan menampung kos sara hidup dalam beberapa bulan kebelakangan ini, disebabkan oleh kenaikan harga barangan keperluan.

“Kami berharap subsidi 50 peratus baharu  untuk pembelian barangan runcit akan membolehkan rakyat untuk lebih berjimat apabila membeli telur, ayam, dan barangan keperluan di pasaraya rakan niaga kami di seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak,” tambah beliau.

Sepanjang Julai, rakyat Malaysia boleh menebus RM10 Partner Wallet kredit #BoostUntukRakyat bagi pembelian barang runcit di dalam BoostUP Rewards Catalogue dengan menggunakan hanya 4,000 Boost Stars – iaitu diskaun 50 peratus daripada 8,000 Boost Stars asal.

Sebagai alternatif, pengguna juga boleh menebus RM10 Partner Wallet kredit tersebut menggunakan kombinasi RM4.75 dan 200 Boost Star menerusi fungsi FlexiRedeem, untuk penjimatan RM5 atau diskaun 50 peratus.

“FlexiRedeem memberi pengguna Boost fleksibiliti unik untuk menebus ganjaran menggunakan Boost Star dan tunai,” katanya.

Untuk menebus RM10 Partner Wallet kredit, pengguna boleh mengunjungi bahagian FlexiRedeem di BoostUP Rewards Catalogue dalam aplikasi Boost.

Selepas membuat pilihan, klik butang ‘Redeem Reward’ (Tebus Ganjaran) untuk menyesuaikan kombinasi pilihan antara tunai dan Boost Star yang diperlukan, kemudian klik ‘Redeem Now’ (Tebus Sekarang) di halaman ‘My Rewards’ (Ganjaran Saya) dan masukkan kod penebusan untuk menyempurnakan proses.

Selepas penebusan disempurnakan, RM10 Partner Wallet kredit adalah sah selama 30 hari dan tiada perbelanjaan minimum diperlukan.

Kredit yang ditebus boleh disemak di halaman ‘My Partner Wallets’ (Partner Wallet Saya) yang akan digunakan secara automatik apabila membeli telur, ayam, dan barangan keperluan harian daripada pasaraya rakan niaga, termasuk Lotus’s, Giant, Mydin, AEON BiG, Village Grocer, dan sebagainya di Semenanjung Malaysia, dan juga Bataras, Boulevard Sabah, Borneo Supermart, dan lain-lain di Sabah/Sarawak.

Tambahan lagi, menerusi Boost Missions, pengguna boleh mempercepatkan koleksi Boost Stars bagi menebus RM10 Partner Wallet kredit tersebut.

Sepanjang bulan Julai, setiap pengguna boleh mengumpulkan sehingga 2,000 Boost Stars bonus dengan melaksanakan misi Pembayaran Bil dan Top Up (Tambah Nilai) di aplikasi Boost.

“Ini adalah di samping satu hingga tiga Boost Stars sedia ada yang diperoleh pengguna bagi setiap perbelanjaan RM1, yang menjamin penjimatan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Ganjaran dan tawaran tambahan juga boleh dinikmati pada 15 Julai sempena BoostUP Day bulanan,” katanya.

Subsidi 50 peratus bagi barangan runcit yang diberikan oleh Boost ialah tawaran terbaharu #BoostUntukRakyat dalam usaha berterusan bagi meringankan beban rakyat.

Sebelum ini, Boost memberikan sokongan kepada rakyat Malaysia dengan membantu mengurangkan bil isi rumah bulanan menerusi BoostBills pada bulan Jun 2022, bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam beberapa inisiatif untuk membantu golongan B40 sejak Februari 2022, serta berganding bahu dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengutip eDerma bagi mangsa banjir pada Disember 2021, dan banyak lagi.

Bagi menikmati subsidi 50 peratus dan Ganjaran BoostUP; boleh layari: https://myboost.app.link/AZpKDPYxurb manakala untuk mendapatkan Boost Stars menerusi Boost Missions; layari: https://myboost.app.link/Ou7wJ3ojCrb Bagi pendaftaran sebagai peniaga Boost; layari: https://bit.ly/3yuoQyp.

Sumber: BERNAMA