
Program Magic Of The Night (MOTN) 2022 akan diadakan di Dataran Sungai Melaka, Melaka dari 5 hingga 7 Ogos ini, menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
MOTAC dalam kenyataan semalam memaklumkan antara aktiviti yang akan diadakan sempena MOTN itu ialah Tourism Career Fair, Galeri Warisan Kota Melaka dan Magical Melaka Food dan Fruit Fest.
“Melaka dipilih sebagai lokasi MOTN 2022 kerana ia merupakan destinasi pelancongan yang kaya dengan budaya serta adat yang bersesuaian diketengahkan kepada seluruh Keluarga Malaysia,” menurut MOTAC.
Sumber: BERNAMA