Posted on: 08/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Masih banyak perkara yang perlu dilakukan dan setiap individu dalam kerajaan menggalas tanggungjawab untuk bekerja bersama pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata kerajaan hari ini komited dan fokus untuk bekerja keras menjayakan agenda membantu Keluarga Malaysia, terutamanya ketika berhadapan krisis kenaikan harga barang ketika ini.

“Fokus utama kami sekarang ialah meneruskan kerja dan berkhidmat untuk masyarakat. Saya rasa perkara ini ialah sesuatu yang setiap orang perlu ambil tanggungjawab untuk bekerja bersama-sama perdana menteri dan kerajaan, dan fokus kepada agenda bagaimana kita boleh bantu rakyat Malaysia secara amnya ketika waktu sukar ini.

“Apabila tiba masanya, dan masa yang tepat untuk perdana menteri membubarkan Parlimen. Tetapi buat masa ini, perdana menteri amat komited mengambil usaha membantu rakyat Malaysia untuk berhadapan masa sukar ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini semalam.

Sumber: BERNAMA