Posted on: 09/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan akan sentiasa meneruskan agenda memperkasa pembangunan masyarakat Orang Asli di negara ini agar komuniti itu dapat menikmati kesejahteraan dan kemajuan dari aspek ekonomi, sosial dan pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian menerusi perkongsian  di Facebook sempena Hari Antarabangsa Orang Asal  Sedunia yang disambut pada 9 Ogos  setiap tahun, bagi meningkatkan kesedaran dan melindungi hak penduduk Orang Asli.

“Selamat menyambut Hari Orang Asli kepada semua Orang Asli Keluarga Malaysia sempena Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia,” katanya.

Ismail Sabri berkata tema sambutan pada tahun ini iaitu “Peranan Wanita Orang Asli dalam Pemeliharaan dan Penyambung Pengetahuan Tradisional” adalah amat tepat memandangkan wanita Orang Asli adalah tulang belakang komuniti itu.

“Wanita Orang Asli memainkan peranan penting dalam pemeliharaan dan pemuliharaan adat budaya mereka,” katanya.

Sumber: BERNAMA