Posted on: 13/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan ditutup sementara kepada semua lalu lintas mulai jam 5 petang Sabtu ini hingga 4 pagi keesokkannya ( Ahad) sempena edisi ketujuh acara berbasikal malam, ‘RHB Lekas Highway Ride 2022’.

Ketua Pegawai Eksekutif LEKAS, Wan Salwani Wan Yusoff, berkata  penutupan jalan bermula dari Persimpangan Kajang Selatan hingga ke Persimpangan Paroi dengan sejumlah 19 persimpangan akan ditutup bagi memastikan kelancaran dan keselamatan bagi 5,618 peserta.

Dalam  kenyataan malam tadi, katanya, anggaran trafik pada tempoh penutupan selama 11 jam itu membabitkan 40,000 kenderaan.

Bagi laluan alternatif, pengguna dari arah utara (Kuala Lumpur, Cheras, Kajang) dan arah selatan (Seremban, Senawang dan Kuala Pilah) dinasihatkan agar menggunakan Jalan Persekutuan 1 atau Lebuhraya PLUS.

Sumber: BERNAMA