
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan hari ini hingga Khamis ini.
MetMalaysia dalam kenyataan semalam memaklumkan angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Pelawan dan Labuan.
MetMalaysia menasihatkan orang awam di kawasan terlibat supaya lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
“Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui lawan web, aplikasi mobil MyCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia serta talian hotline 1-300-22-1638,” menurut kenyataan itu.
Sumber: BERNAMA